Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Sistem kesihatan petunjuk buka sempadan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Jumlah pesakit dalam kategori 4 dan 5 akan menjadi salah satu indikator utama sama ada perancangan pembukaan sempadan darat dan laut pada 1 Ogos dapat direalisasikan.

    Jawatankuasa Pandu COVID akan melihat sama ada kapasiti kesihatan terjejas atau sebaliknya disebabkan peningkatan dalam jumlah kedua-dua kategori itu sebelum memutuskan rancangan untuk membuka sempadan darat dan laut kelak. Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika mengulas persoalan mengenai pembukaan sempadan pada sidang media COVID di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Menurutnya lagi, jika bilangan individu yang demam atau dijangkiti COVID hanya dalam kategori 1 dan 2, ia tidak akan menjejaskan sistem kesihatan negara.

    Manakala ketika menyentuh mengenai pemberhentian ujian pantas antigen (ART) dan pengasingan diri bagi pengembara yang mendapat vaksin penuh, mereka yang telah membuat pembayaran untuk ART bagi tujuan perjalanan bolehlah menghantar e-mel kepada kementerian di alamat revenue.finance@moh.gov.bn dan hendaklah disertakan dengan dokmentasi berkaitan seperti Borang Akuan Tiba (ADF) dan resit pembayaran dalam e-mel untuk kerajaan membuat pembayaran balik.

    Bagi ujian ART berjadual di sekolah yang masih dikekalkan seperti diumumkan kelmarin, ia adalah langkah berjaga-jaga bagi memastikan jika ada orang yang didapati positif, mereka boleh mengasingkan diri di rumah awal, tambahnya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media harian COVID di Kementerian Kesihatan. – Gambar oleh Syahmi Hassan

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...