
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, sebagai ahli Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia dan badan autoriti kaji cuaca kebangsaan meraikan Hari Kaji Cuaca Sedunia dengan majlis sambutan yang berlangsung di Garden’s Veranda Hall, Rimba Garden Central, hari ini.
Bersempena dengan Hari Kaji Cuaca Sedunia 2019, satu sistem panduan kaji cuaca baharu bagi Brunei Darussalam iaitu Sistem Panduan Banjir Kilat bagi Negara Brunei Darussalam (BFFGS) telah dilancarkan pada majlis sambutan berkenaan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)





























