Sistem pengambilan PSC perlu dipertingkatkan

Saya ingin membangkitkan kekhuatiran saya terhadap sistem pengambilan PSC dan membuat cadangan bagaimana untuk memperbaikinya.

Baru-baru ini saya berdepan masalah memuat naik sijil ke laman web pengambilan PSC. Setiap kali saya ingin memuat naik sijil ke laman web tersebut dan menyimpannya, fail itu akan hilang jika saya beralih ke bahagian seterusnya. Saya menghubungi talian Darussalam untuk bertanya mengenai isu tersebut dan diberitahu bahawa sistem PSC ketika itu mengalami kerosakan. Walau bagaimanapun, saya masih dapat mengakses laman web berkenaan dan melayarinya kecuali untuk memuat naik fail atau sijil.

Kemudian, saya memutuskan untuk menghubungi talian yang lain untuk membuat pertanyaan akan tetapi diberitahu bahawa saya perlu membersihkan sejarah ‘browsing’ dan terus mencuba serta ‘refreshing’ laman web tersebut untuk beberapa kali. Saya telah mencuba kaedah tersebut untuk setengah jam dan masih tidak dapat memuat naik fail berkenaan. Saya menghubungi kembali dan diberitahu bahawa orang lain tidak mempunyai masalah menggunakan kaedah itu. kemudian saya diberitahu untuk datang ke pejabat PSC untuk memuat naik sijil jika masalah tersebut masih berterusan.

Keesokan harinya, saya pergi ke pejabat mereka sekitar jam 11:30 pagi dan diberitahu untuk datang selepas 1:45 petang. Saya menjadi keliru kerana jam kerja adalah pukul 7:45 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:30 petang. Kenapa mereka menutup pejabat awal? Saya kembali dan cuba memuat naik fail. Walau bagaimanapun, ia mengambil masa lebih daripada 10 minit untuk memuat naik setiap fail yang kurang daripada 2MB. Bayangkan jika saya mempunyai lebih daripada enam fail, saya berkemungkinan memerlukan lebih daripada satu jam untuk menyelesaikannya.

Setelah memuat naik fail tersebut, saya terpaksa bertukar-tukar bahasa supaya fail tersebut dapat dimuat naik. Ini menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang salah dengan sistem berkenaan.Pada pandangan saya, pihak berkuasa boleh memperbaiki sistem dengan mempunyai pengendali mereka tersendiri yang terlatih bagi menangani masalah ini. Mereka tidak seharusnya hanya mengatakan sistem rosak untuk menyelesaikannya. Mengenai waktu jam bekerja, saya percaya bahawa waktu pekerjaan pihak kerajaan hanya memberi kira-kira sejam untuk masa rehat akan tetapi dalam kes ini, ia mengambil masa lebih daripada dua jam. Mereka tidak boleh tutup awal kerana sesetengah orang, seperti saya yang datang dari Daerah Belait, tidak mempunyai masa yang panjang untuk menunggu lama hanya untuk memuat naik beberapa fail. Pekerja kerajaan perlu menjalankan tugas mereka dengan amanah dan melaksanakannya dengan bijaksana.

Sistem itu sendiri juga perlu penambahbaikan utama juga. Bagaimanakah pekerja PSC merasakan bahawa ia adalah baik untuk terus ‘refreshing’ laman web berkenaan untuk memuat naik satu fail? Ia juga tidak normal untuk memuat naik fail 2MB dalam masa 10 minit dalam era digital yang pantas ini. Terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem dan PSC tidak boleh membutakan mata kerana ramai pencari kerja akan kecewa dengan sistem ini. Kita bergerak ke era digital dan agak memalukan bahawa sistem sebelumnya, berdasarkan kertas, lebih cekap berbanding dengan sistem yang ada sekarang. Semoga perkara ini diambil serius dan sistem akan bertambah baik untuk kepentingan orang ramai. – Tingkatkan sistem PSC