Sistem saliran air teruk cetus kemarahan penduduk

KARACHI, 31 OGOS – Penduduk Karachi mula membersihkan kediaman dan perniagaan yang musnah hari ini setelah bencana banjir dengan air sungai yang kotor melintasi kota terbesar Pakistan, sementara cuaca monsun terus melanda di seluruh Asia Selatan.

Ribut yang melanda setiap hari telah memperlihatkan kegagalan sistem saliran yang diabaikan dan menyebabkan banjir di Karachi.

“Segala-galanya musnah di ruang bawah tanah saya, dengan kira-kira tiga meter ditenggelami air. Airnya adalah campuran air hujan dan air kumbahan. Ini adalah hari kelima dan kami amat menderita,” kata seorang suri rumah, Lubna Salman, yang tinggal di kejiranan kelas atas di Karachi diuruskan oleh tentera kepada AFP.

Salman dan penduduk yang marah berkumpul di luar bangunan pihak berkuasa tempatan memprotes kegagalan mereka menyelesaikan masalah saliran di bandar dengan penduduk berjumlah 20 juta orang itu.

“Pengurus perbandaran dan tentera sangat tidak kompeten kerana mengabaikan sistem pembentungan di bandar ini,” kata Salman.

Pihak berkuasa tidak memberi sebarang komen.

Karachi minggu lalu menyaksikan catatan hujan 230mm, berbanding rata-rata 130mm untuk sepanjang tahun, menurut perkhidmatan meteorologi bandar. – AFP

Orang ramai berdiri di hadapan kedai-kedai tertutup di sepanjang jalan yang dilanda banjir setelah hujan lebat di bandar pelabuhan Pakistan, Karachi hari ini. – AFP