Sistem solar bantu penduduk Sanaa

SANAA – Hampir lima tahu pergelutan peperangan berlaku dan ketiadaan kuasa elektrik di Yaman, ramai penduduk Yaman menggunakan kuasa tenaga solar untuk menghidupkan lampu.

Cahaya lampu tersebut menerangi beberapa buah rumah di kawasan kejiranan kota bersejarah Sanaa.

Cahaya daripada kuasa tenaga solar tersebut bukan sahaja menerangi rumah-rumah kejiranan di sana malahan ia juga menerangi jalan-jalan di kota Sanaa, serta beberapa buah kota dan kampung yang berdekatan pada waktu malam.

“Saya bergantung pada kuasa tenaga solar setelah bekalan elektrik diputuskan di Sanaa. Kini, kuasa solar sudah menjadi sumber asas kehidupan kerana ia menerangi lampu-lampu di rumah saya pada waktu malam,”kata Hamzah Ali kepada Xinhua.

Perniagaan kuasa tenaga solar di Yemen bermula pada akhir 2014, apabila peperangan tercetus dan memusnahkan bekalan elektrik.

Seorang petani berjalan di bawah panel solar di sebuah ladang di Sanaa, Yaman. –Xinhua
Seorang penduduk Yaman membersihkan panel solar di atas atap rumahnya di Sanaa. –Xinhua
Pemandangan sistem solar yang dipasang pada sebuah ladang di Sanaa. –Xinhua

Sejak itu, hospital, tumbuh-tumbuhan, syarikat dan sektor pertanian mengharapkan tenaga kuasa solar sebagai sumber kuasa tenaga akibat krisis minyak mentah dan harga yang melonjak naik bagi penjana elektrik.

“Permintaan terhadap tenaga kuasa solar semakin meningkat kerana kekurangan bahan api yang berterusan,” kata Ali al-Dhamari penjual panel solar dan bateri di Sanaa.

“Penduduk tidak mempunyai pilihan, mereka terpaksa membeli walaupun dengan harga yang mahal,” tambahnya.

Sebuah kedai di al-Dhamari, penduduk mula datang untuk menempah panel solar dan bateri untuk menolong kanak-kanak untuk membuat kerja sekolah dan belajar.

“Saya datang ke sini untuk membeli panel solar kerana kami tidak mempunyai bekalan elektrik di rumah dan ketika ini anak-anak saya memerlukan cahaya lampu untuk membuat kerja sekolah mereka selepas waktu malam,” kata seorang ayah, Essam Mohamed.

“Saya khuatir lilin akan mengakibatkan kebakaran rumah,” katanya.

Perang saudara yang berlaku pada hujung tahun 2014 apabila kumpulan Houthi merampas ibu kota Sanaa dan memaksa pengunduran kerajaan yang dipimpin oleh Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Pasukan gabungan pimpinan Saudi campur tangan pada Mac 2015 untuk menyokong kerajaan Hadi.

Peperangan tersebut telah mengakibatkan terbunuhnya puluhan ribu orang, tiga juta orang hidup melarat dan menekan negara-negara msikin diambang kebuluran.

Petani di daerah Bani Hishayh, di pinggir timur laut Sanaa, memperlihatkan keberkesanan sistem tenaga solar di sektor pertanian.

“Selepas saya mendapat tenaga kuasa solar, saya dapat mengalirkan air dengan penggunaan pam untuk menyiram tanaman anggur saya serta memeliharanya dengan baik,” jelas petani Yahya Jamil.

Bagaimanapun, para penduduk di sana masih belum pasti jika tenaga solar in mampu menolong mereka untuk mendapatkan tenaga elektrik secara keseluruhan. Penduduk Yemen masih lagi bergelut untuk mendapatkan kuasa elektrik dan tidak tahu bila bekalan elektrik negara akan kembali pulih seperti sebelumnya. – Xinhua