Siti Badriah dan suami belum ada perancangan timang cahaya mata

Pasangan selebriti Siti Badriah dan suaminya iaitu Krisjiana Baharudin masih belum dikurniakan cahaya mata selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Menurut laporan Tribunnews, Siti Badriah berkata dia dan suami tidak mempunyai perancangan untuk membuat anak tabung uji kerana mahu terus menunggu rezeki daripada Allah SWT.

“Saya masih menunggu rezeki dan pasrah kepada Allah saja, belum ada perancangan lain. Kalau Allah bagi, alhamdulillah tapi kalau belum dibagi kita terus menunggu.

“Mengenai jantina saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan, yang penting anak damit itu sihat,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lagi Syantik itu memberitahu bahawa ibu bapa dan mertuanya tidak menuntut pasangan itu mempunyai anak dengan segera.

“Tidak, ibu bapa dan mertua tidak menuntut. Mereka tahu memang saya mencuba dan telah usaha untuk mempunyai anak, tetapi itu semua Allah yang akan makbulkan,” ujarnya. –Agensi

Siti Badriah dan suaminya. -Agensi