Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Siti berdebar nyanyi lagu Tamil

    Datuk Seri Siti Nurhaliza mengaku berdebar bekerjasma dengan maestro muzik Bollywood, AR Rahman pada Konsert AR Rahman-Secret of Success-Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

    Siti berdebar menantikan reaksi penonton, apatah lagi, beliau bakal mendendangkan sebuah lagu Tamil hasil ciptaan komposer tersohor itu.

    Bagi memastikan persembahan lancar, Siti meminta bantuan teman baik suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, yang berbangsa India, untuk mempelajari sebutan perkataan dan maksud lirik didendangkan.

    “Biarpun teruja dapat undangan daripada idola untuk memeriahkan konsertnya, saya berdebar apabila perlu menyampaikan lagu dalam bahasa Tamil.

    “Bukan mudah untuk menguasai bahasa Tamil kerana cara sebutannya berlenggok. Jadi, saya terpaksa meminta bantuan teman baik suami untuk mengajar.

    Siti meminta bantuan teman baik suami yang berbangsa India untuk mempelajari sebutan perkataan dan maksud lirik didendangkan pada konsert, malam esok. – Agensi

    “Hampir sehari saya habiskan untuk belajar sebutan dan dua tiga hari lagi untuk pastikan sebutan lancar.

    “Bukan mudah menyanyikan lagu AR Rahman kerana lagunya bernada tinggi. Pada masa sama, saya kena pastikan sebutan betul,” katanya yamg merahsiakan judul lagu yang bakal didendangkan.

    Siti berkata, beliau dan AR Rahman sudah biasa berhubung, malah, seniman terbilang itu pernah berkunjung ke kediamannya, beberapa tahun lalu.

    “Apabila dapat tahu beliau datang ke Malaysia, saya hubungi penganjur dan menyatakan hasrat mengundang beliau ke rumah.

    “Tidak sangka beliau sambut pelawaan saya. Sejak itu, kami rajin berhubung dan bertanya khabar melalui e-mel,” katanya.Tambah Siti, sebelum bercuti ke Dubai, baru-baru ini, AR Rahman menghubunginya dan memberitahu bakal berkunjung ke Kuala Lumpur serta mahu bertemu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...