Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Siti Khadijah tak kisah jadi pilihan kedua

    Biarpun bukan pilihan pertama bagi menghidupkan watak Aira dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan TV3, pelakon, Siti Khadijah Halim, tidak berkecil hati.

    Sebaliknya, Siti percaya watak utama dalam drama itu sudah tertulis sebagai rezekinya.

    Justeru, tiada apa yang boleh menghalang untuk dia menjayakan projek berkenaan.

    “Rezeki tidak salah alamat. Allah yang beri kita rezeki, bukan manusia.

    “Namun, tidak dinafikan, apabila dibandingkan dengan pelakon lebih hebat, pastinya ada sedikit rasa gusar.

    Siti mula aktif dalam bidang seni selepas menjuarai pertandingan Gadis Panca pada 2016. – Agensi

    “Namun, dengan sokongan ibu bapa, rakan-rakan dan pasukan di set penggambaran yang menasihatkan agar jangan dengar apa orang cakap, ia masuk dalam kepala saya.

    “Ini membuatkan saya berjaya menjiwai watak Aira dengan baik. Alhamdulillah, peminat juga suka dengan lakonan saya bersama aktor gandingan, Aniq Suhair.

    “Lebih gembira apabila drama kami hari-hari trending dalam media sosial,” katanya pada sidang media virtual drama Sekali Lagi Cinta Kembali, baru-baru ini. Drama Sekali Lagi Cinta Kembali berkisar kehidupan gadis dikenali sebagai Aira lakonan Siti yang lantang bersuara tanpa memikirkan kesannya.

    Kisah bermula selepas Aira melakukan kesilapan mengambil alih tugas kaunselor di sebuah pusat kaunseling.

    Aira secara tidak sengaja mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan Alisa (lakonan Izzendra) dan Zafran (Zaki Azeman) bercerai atas nasihatnya.

    Disebabkan terlalu marah, Zafran mendesak Aira memberi ganti rugi secara bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang pelupa dan mengidap penyakit jantung.

    Ini menemukan Aira dengan adik Zafran iaitu Hayyat lakonan Aniq yang akhirnya terpikat dengan kemuliaan hatinya.

    Siti mengaku lega selepas menerima banyak reaksi positif penonton drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang disiarkan slot Akasia sejak 13 September lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...