Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Siti Nordiana kerap bersenam elak ‘pancit’ di pentas

    Dalam usahanya mengekalkan stamina semasa membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), penyanyi Siti Nordiana memberitahu dia membuat persiapan awal dengan aktif senaman.

    Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 37, lagu Angkara nyanyiannya itu perlu menggunakan banyak tenaga dan bermain dengan emosi.

    “Setakat ini persiapan untuk AJL36 sudah 60 peratus, saya pergi kelas vokal dan buat persediaan emosi sebab lagu ini bukan senang nak bawa kerana lirik dan melodinya back to back singing.

    “Saya memerlukan tenaga yang banyak jadi saya perlu banyak bersenam untuk kekal stamina atas pentas.

    “Doakan semoga saya boleh menyanyi dengan baik, dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik, begitu juga untuk peserta yang lain, Insya Allah,” katanya.

    Nana banyakkan bersenam untuk kekalkan stamina di atas pentas menjelang persembahannya di AJL36 . – Agensi

    Angkara ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya merupakan antara 12 lagu yang layak bertanding di pentas AJL36 yang bakal berlangsung pada 6 Mac depan.

    Sebelum ini menerusi laporan media, Nana memberitahu dia teruja apabila lagu solo nyanyiannya berjaya melangkah ke pentas berprestij terbabit selepas 23 tahun bergelar penyanyi.

    Kali pertama Nana beraksi di pentas anugerah berkenaan ialah menerusi lagu duet bersama Jaclyn Victor berjudul Nisan Cinta di AJL33 pada tahun 2019.

    Dalam perkembangan lain, AJL36 bakal menyaksikan kehadiran penonton bagi menyuntik semangat kepada 12 finalis yang berentap.

    Bagaimanapun, jumlah tetamu yang akan menghadiri lokasi acara iaitu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dihadkan kepada 200 orang sahaja dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan antaranya menunjukkan keputusan ujian calitan antigen pantas (ART). – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...