Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Siti Nurhaliza akui kini bukan masa untuk bersaing

    Selepas 25 tahun berkecimpung dalam industri seni, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata kini bukan masa untuk dia bersaing dengan mana-mana penyanyi termasuklah bakat baharu.

    Menurut Siti, 43, pada tahap sekarang ini dia hanya mahu memberikan fokus pada komitmen yang sedia ada agar terus kekal relevan.

    “Sekarang ini masa untuk saya berikan yang terbaik sahaja, bukan lagi nak bersaing dengan artis muda yang ada.

    “Bukan lagi era berlawan-lawan. Saya hanya mahu meneruskan dan mengekalkan lagu yang terbaik, prestasi kerja bagus selain berkolaborasi dengan anak muda yang ada sekarang,” katanya kepada wartawan.

    Siti ditemui semasa Majlis Perjumpaan dan Sambutan Ulang tahun kelahirannya yang ke-43 bersama kelab peminat, Sitizone, baru-baru ini.

    Siti Nurhaliza berkata kini bukan masa untuk dia bersaing dengan mana-mana penyanyi termasuklah bakat baharu. – Agensi

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Seribu Kemanisan ini turut memanjat kesyukuran kerana kesetiaan peminatnya terus utuh selepas 18 tahun tertubuhnya Sitizone.

    “Dalam tempoh perjalanan lebih dua dekad itu saya bersyukur kerana dikelilingi tunjang kekuatan yang jadi tulang belakang termasuklah rakan media dan peminat.

    “Tak dinafikan peminat menjadi nadi penting kepada kerjaya saya cuma saya tak sangka pada usia kini dan 25 tahun jadi anak seni, peminat terus teguh menyokong.

    “Ia jadi suntikan semangat untuk saya terus beri terbaik. Malah, ada juga kehadiran peminat baharu. Yang minat sejak dulu dan seusia saya kemudian bersambung sokongan itu kepada anak mereka,” katanya.

    Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa itu berkata terlalu banyak kenangannya bersama peminat. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...