Wednesday, January 15, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siti Nurhaliza bimbang nasib orang kampung

    Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza terkesan dengan paparan berita berkenaan musibah banjir yang berlaku di Kuala Lipis, Pahang.

    Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 42, memberitahu walaupun dia kini berada di Kuala Lumpur, namun hatinya tetap memikirkan nasib penduduk di kampung halamannya itu.

    “Keadaan di Kuala Lipis, Pahang. Sukar nak saya gambarkan bagaimana keadaan ini tetapi inilah dugaan buat orang kampung saya, Januari lalu juga keadaannya begini.

    “Keadaan jalan untuk pulang juga menyukarkan pasukan saya untuk ke sana tetapi apa yang penting adalah, kami sedaya mampu akan membantu.

    “Walaupun saya di Kuala Lumpur, terkekang dengan hal-hal di sini serta anak-anak saya juga tidak berapa sihat, tetapi hati saya pastinya ada di daerah Lipis,” tulisnya di Instagram.

    Beliau turut memohon doa agar semua yang dilanda musibah banjir diberikan kekuatan untuk sama-sama mengharungi dugaan ini.

    “Banyak kawasan terjejas, bukan hanya di bandar malah di kampung-kampung sekitar. Sekolah saya juga terjejas sama.

    “Tidak kira di negeri mana, kawasan mana, semoga kita sama-sama dapat mengharungi ujian ini. Saya doakan agar semua diberikan kekuatan dan ketabahan,” katanya.

    Sebelum ini, Siti bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K turun padang meredah banjir di beberapa kawasan sekitar lembah Klang bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas. – Agensi

    Siti tetap memikirkan nasib penduduk kampung halamannya yang dilanda banjir walaupun dia berada di Kuala Lumpur. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda