Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Siti Nurhaliza marah ada peniaga ambil kesempatan

    Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa marah apabila sekali lagi berdepan dengan kes penipuan yang menggunakan gambarnya untuk tujuan promosi.

    Bimbang ada yang terpedaya, Siti memberi amaran kepada mana-mana peniaga jangan terlalu mudah mengambil kesempatan menggunakan namanya.

    “Bila saya berdiam, semakin rancak menyebarkan perniagaan yang tidak melibatkan saya atau suami. Gambar saya dan suami dipaparkan dalam iklan perniagaan serta testimoni juga.

    “Saya sudah banyak kali hadapi perkara ini. Pesan saya, berniagalah dengan cara yang betul. Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain,” katanya.

    Terdahulu Siti memuat naik satu paparan iklan produk penjagaan rambut yang turut memaparkan gambarnya bersama suami iaitu Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

    Siti Nurhaliza meluahkan rasa marah sebab ada peniaga ambil kesempatan guna namanya untuk kaut keuntungan. – Agensi

    Menerusi posting itu, pihak tidak bertanggungjawab mendakwa penyanyi itu dan suaminya mengalami masalah keguguran rambut dan menggunakan produk yang diiklankan.

    Dalam pada itu, Siti turut berpesan kepada peniaga tersebut supaya insaf dan tidak mengulangi perbuatan sama.

    “Jangan terpedaya. Saya harap peniaga ini insaf dan tidak menggunakan gambar saya bersama suami serta memuat artikel tidak benar.

    “Kepada yang membaca, membeli atau terlihat iklan-iklan sebegini, saya ingin menjelaskan bahawa saya dan suami tidak ada kena mengena dengan produk mereka,” ujarnya.

    Sementara itu, sebagai seorang usahawan juga, penyanyi ini turut menitipkan nasihat kepada semua peniaga supaya mencari keberkatan dengan cara yang betul.

    “Berniagalah untuk mencari keberkatan dan bukan melariskan produk dengan menggunakan iklan palsu.

    “Saya harap kita sebagai pengguna akan lebih peka dengan iklan-iklan seumpama ini,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...