Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Siti Nurhaliza tunjuk jaguh main badminton

    Bagi mengekalkan stamina dan mendapatkan minda cerdas, penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadikan aktiviti bermain badminton sebagai sukan pilihan ketika waktu senggang.

    Menurut Siti, 43, bersukan memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan, lebih-lebih lagi penyanyi sepertinya yang perlu kekal bertenaga semasa membuat persembahan pentas.

    “Bersukan merupakan salah satu cara saya lepaskan tekanan dan dapatkan tubuh badan lebih sihat. Secara tidak langsung minda pun jadi lebih tenang lepas bersukan.

    “Saya suka kalau dapat buat banyak aktiviti bersukan macam ini tapi itulah kadang-kadang masa. Kalau berpeluang pasti saya rancang setiap bulan.

    “Sebelum ini saya pernah menyertai aktiviti sukan bersama rakan artis, ramai yang pandai main badminton dan bola jaring. Masing-masing ada semangat seorang atlit cumanya kita tidak ada masa hendak tunjukkan bakat,” katanya kepada wartawan.

    Bagi mengekalkan stamina dan mendapatkan minda cerdas, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadikan aktiviti bermain badminton sebagai sukan pilihan ketika waktu senggang. – Agensi

    Penyanyi lagu Kuasa Cintamu ini ditemui semasa perlawanan persahabatan badminton bersama bekas pemain Malaysia, Tan Boon Heong yang diadakan di Twin Towers Fitness Centre, KLCC, Kuala Lumpur kelmarin.

    Tan Boon Heong yang juga merupakan duta produk minuman sarang burung keluaran Beausiti meluangkan masa hampir tiga jam di gelanggang berkenaan.

    “Saya sebenarnya tidak puas lagi main badminton dengan beliau tapi disebabkan ini majlis jadi kita kena ikut aturcara yang disediakan, mungkin selepas ini kita boleh buat lebih banyak aktiviti sukan badminton.

    “Lagi pun aktiviti kita anjurkan ini hanya suka-suka sahaja. Kali ini dia bagi peluang pada saya. Sebenarnya yang seronok bila dapat berkumpul kita boleh tengok ramai artis yang boleh saya katakan ada latar belakang aktiviti sukan.

    “Contohnya, penyanyi baharu yang diundangkan iaitu Syahmi Irfan, dia merupakan junior pasukan badminton negara, sekarang ini dia fokus bidang hiburan sebagai penyanyi. InsyaAllah lepas ini kita rancang untuk buat aktiviti bersukan dengan lebih ramai lagi artis,” ujarnya.

    Sementara itu, Tan Boon Heong pula meluahkan rasa teruja kerana dapat segelanggang bersama penyanyi nombor satu negara ini.

    Sebagai duta jenama minuman berkenaan, Tan Boon Heong berkata dia seronok dapat bekerjasama dengan Siti Nurhaliza dan berharap dapat menjayakan lebih banyak lagi program sukan selepas ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...