Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Siti Saleha sanggup ke Brickfield demi ‘Wangi’

    Setiap orang sentiasa mahukan peningkatan dalam apa yang dilakukan, baik dalam kerjaya mahupun kehidupan. Begitu juga dengan aktres jelita, Siti Saleha yang tidak mahu berada di tahap sama dalam usaha mencapai apa yang diinginkan dalam hidup.

    Demi menyelami watak gadis kurang upaya (OKU) cacat penglihatan bernama Wangi dalam siri terbaharu Viu Malaysia, Hilang, yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi, Saleha sanggup turun padang ke Brickfield bagi melihat sendiri kehidupan golongan itu.

    Usaha tersebut atas inisiatifnya sendiri yang merasakan ada keperluan berbuat demikian bagi memudahkannya menghidupkan watak itu dengan sebaiknya.

    “Saya seronok apabila mempunyai masa yang mencukupi untuk mempersiapkan diri sebelum masuk ke set penggambaran siri ini.

    “Memandangkan saya memegang watak gadis buta yang jarang dijayakan sebelum ini, saya fikir adalah perlu untuk membuat sedikit homework dengan mendekati komuniti mereka.

    Saleha memegang watak gadis buta bernama Wangi dalam siri terbaharu Viu Malaysia, Hilang. – Agensi

    “Saya pergi ke Brickfield dan melihat sendiri bagaimana rutin dan aktiviti mereka di sana. Memerhati dari jauh dan melihat dunia mereka yang mana ia banyak membantu saya untuk mencorakkan watak Wangi yang saya bawa dalam siri ini,” ujarnya.

    Hilang yang turut menampilkan lakonan daripada Khir Rahman, Yasmin Suraya dan Aqasha itu kini sedang hangat ditayangkan di platform Viu pada setiap Khamis, bermula 17 November lalu.

    Menurut wanita berusia 32 tahun itu lagi, sebagai pelakon yang semakin matang dalam industri, dia mahu menampilkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang pernah diberikan sebelum ini.

    Atas sebab itu, ada kala Saleha terpaksa menolak sesuatu tawaran jika ia dilihat tidak mempunyai nilai tambah dalam lakonannya.

    “Sepanjang aktif dalam lakonan, saya akui sudah melakonkan banyak watak sehingga pada tahap sekarang sering menerima karakter dan naskhah lebih kurang sama.

    “Jadi saya harus lebih bijak memilih dan mencari sesuatu yang lain untuk diberikan kepada penonton. Sudah cukuplah dengan watak wanita lemah, teraniaya dan sebagainya. Saya mahukan kelainan.

    “Jadi saya sanggup buat kerja lebih dengan turun padang melakukan kajian apabila diberikan karakter mencabar yang tidak pernah saya buat. Itu lebih menyeronokkan,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...