Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sitrang ragut 28 nyawa, jutaan penduduk putus bekalan elektrik

    DHAKA, 26 OKT – Pasukan penyelamat Bangladesh telah menemukan empat mayat pelaut kapal korek, menjadikan jumlah kematian akibat Taufan Sitrang kepada 28, ketika jutaan penduduk terputus bekalan elektrik.

    Pasukan penyelam daripada jabatan bomba menemukan mayat empat anak kapal itu selepas kapal korek tersebut karam ketika taufan tersebut melanda Teluk Benggala.

    “Kami menemukan satu mayat malam tadi dan tiga lagi pagi ini. Empat lagi anak kapal masih hilang,” kata jurucakap jabatan bomba, Abdullah Pasha kepada AFP.

    Taufan atau angin ribut kerap melanda rantau itu, namun saintis berpandangan perubahan iklim menjadikan fenomena itu lebih kuat dan kerap.

    Isnin lalu, Taufan Sitrang membadai selatan Bangladesh, namun pihak berkuasa sempat memindahkan kira-kira sejuta penduduk ke kawasan selamat sebelum ribut itu melanda.

    Dengan kelajuan angin 80kmsj, taufan itu meninggalkan kesan kemusnahan di Bangladesh, yang didiami puluhan juta penduduk, dengan timbunan pokok diterbangkan ratusan kilometer dari pusat ribut sehingga ke Dhaka.

    Kerajaan Bangladesh memaklumkan, hampir 10,000 kediaman yang beratap zink mengalami kerosakan atau musnah, manakala kawasan pertanian musnah, ketika negara itu mencatatkan inflasi makanan tertinggi.

    Sementara itu, jurucakap Lembaga Elektrifikasi Luar Bandar, Debashish Chakrabarty, memaklumkan hampir lima juta penduduk masih terputus bekalan elektrik setakat hari ini. – AFP

    Penduduk mencari harta benda milik mereka selepas pondok mereka runtuh dibadai Taufan Sitrang di Chittagong pada 25 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...