Situasi COVID-19 di tiga negara

ASEAN, 16 JULAI – Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 81,668 kes, iaitu tambahan kes baharu sebanyak 1,574 dalam tempoh 24 jam, manakala 76 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,873 orang.

Sementara itu, Singapura merekodkan tambahan 248 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan 11 daripadanya melibatkan jangkitan dalam komuniti, menjadikan angka keseluruhannya kini berjumlah 47,126 dengan 27 kematian.

Thailand pula melaporkan empat kes import baharu COVID-19, meningkatkan jumlah kes di negara itu kepada 3,236, lapor agensi berita Thailand (TNA), dengan angka korban kekal 58 orang. – Bernama