Situasi COVID-19 ‘kritikal’ di Quito

QUITO, 20 JULAI – Situasi di ibu negara Ecuador Quito adalah kritikal disebabkan pandemik koronavirus, Menteri Kesihatan Juan Carlos Zevallos mengingatkan semalam.

Di antara April dan Julai, hospital awam di Quito – tempat tinggal kepada 2.78 juta penduduk – menambah unit rawatan intensif mereka dari 61 kepada 162, kata Zavallos dalam temu bual dengan rangkaian Teleamazonas.

Permintaan untuk katil hospital meningkat ‘sebanyak 1.6 kali’ dalam tempoh yang sama, tambah beliau.

“Situasi di Quito, situasi di wilayah Pichincha, berada dalam keadaan kritikal, ia bermakna unit rawatan intensif sudah penuh,” kata beliau.

Bagaimanapun, beliau berkata beliau telah membuat penyelarasan kepada jabatan kecemasan dan pesakit luar jadi ‘tidak adanya seorang pesakit yang tidak menerima rawatan di Quito.’

Menurut angka rasmi, ibu negara mencatat 10,599 jangkitan dan bandar kedua paling terjejas selepas Guayaquil.

Pada pertengahan Mei, Ecuador mula melonggarkan sekatan, tetapi pihak berkuasa di Quito berkata bandar itu mungkin perlu mengenakan semula beberapa langkah selepas melapor pertambahan dalam jangkitan.

Di negara Amerika Selatan itu, yang mempunyai 17.5 juta penduduk, wabak telah pun menjangkiti lebih 74,000 orang dan membunuh lebih 5,300. – AFP