Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Situasi global tidak menentu tangguh IPO

    LABUAN, 23 MAC – Fusang Corporation, pemilik satu-satunya bursa sekuriti digital serba lengkap Asia yang diselia sepenuhnya, akan menangguhkan tawaran awam permulaan (IPO) token keselamatan FSC syarikat yang telah dijadualkan untuk disenaraikan di Fusang Exchange pada 31 Mac.

    Penangguhan itu adalah disebabkan situasi tidak menentu global yang kian memuncak serta turun naik pasaran yang luar biasa.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Henry Chong berkata secara operasi, Fusang Corp telah bersedia untuk disenaraikan dengan komitmen penuh daripada pelaburnya untuk IPO bernilai AS$10 juta.

    “Tetapi kami telah memutuskan untuk menangguhkan penyenaraian bagi memenuhi kepentingan  pelabur dan pembangunan pasaran kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau menjelaskan keputusan penangguhan itu tidak mudah kerana hanya tinggal seminggu lagi daripada tarikh penyenaraian, terutamanya apabila semua sistem dan proses sudah sedia ada, tetapi ketidaktentuan global telah membawa kepada keadaan tidak menentu pasaran yang luar biasa sejak IPO Fusang Corp dilancarkan, menyebabkan banyak IPO seluruh dunia turut ditangguhkan.

    “Adalah menjadi tanggungjawab kami kepada pelanggan dan pemegang saham sedia ada untuk memastikan keadaan pasaran yang optimum untuk penyenaraian.

    “Malangnya, jelas ia tidak berlaku pada masa ini dan kami tidak boleh mendedahkan pihak berkepentingan kami kepada tahap ketidaktentuan ini,” katanya.

    Beliau berkata Fusang Exchange terus bekerjasama dengan rakan kongsi ekosistem dan penerbit untuk memastikan syarikat-syarikat yang ingin mengimbangi aset mereka dapat berbuat demikian sebaik sahaja keadaan pasaran bertambah baik. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...