LONDON, 24 MAC – Pengurus bola sepak Ireland, Mick McCarthy (gambar bawah), berada dalam kuarantin di London bersama isterinya kerana wabak COVID-19, di mana dia menggambarkan keadaan mereka di laman web Persatuan Bolasepak Ireland sebagai ‘sangat menakutkan’.
Anak kepada pengurus berusia 61 tahun itu mendedahkan dua jiran terdekatnya telah didiagnosis dengan penyakit itu yang menyebabkan dia dan isterinya Fiona dikuarantin.
Britain mengarahkan perintah berkurung selama tiga minggu dalam usaha untuk membendung penularan COVID-19 sejak angka kematian negara itu semakin meningkat kepada 335 orang.
McCarthy berada di musim kedua sebagai pengurus Ireland dan telah membawa pasukannya ke Slovakia untuk perlawanan pertama Euro 2020.
Walau bagaimanapun, Euro 2020 telah ditangguhkan ke tahun depan dan perlawanan kelayakan dijadualkan semula pada bulan Jun.
“Saya pulang ke rumah di Bromley dan mengasingkan diri setelah dua jiran dekat kami telah didiagnosis dengan virus itu dan kini sangat nyata dan sangat menakutkan bagi kami,” kata McCarthy dalam temu bual di laman web itu.
“Seperti ramai orang lain, kami berusaha ikut dengan peraturan di sini dan tinggal di rumah. Isteri saya Fiona dan saya tidak melihat anak-anak kami, atau cucu-cucu kami, dan ia sukar bagi kami.”
McCarthy yang dilahirkan di England terkenal sebagai pemain pertahanan dan bekas kapten Ireland dengan 57 penampilan memetik imej-imej menyeramkan dari negara-negara Eropah yang menghadapi situasi paling sukar seperti di Itali.
“Anda melihat rakaman tentera Itali yang membawa keranda dari rumah dan ia menunjukkan kepada anda di mana ia akan berakhir,” katanya.
“Itulah ancaman ini. “Kami berada di Amsterdam untuk pertandingan Liga Kebangsaan tiga minggu lalu dan COVID-19 adalah topik yang hangat, pandemik dan penularannya dengan cepat.
“Menangguhkan permainan kami di Slovakia dan melambatkan Euro selama setahun adalah perkara yang betul untuk kami lakukan. Kami tidak mengeluh tentang itu, sama sekali tidak.” – AFP