BUCHAREST, 6 Feb – Sejumlah 2,500 orang berkumpul kelmarin bagi satu demonstrasi berdekatan Istana Presiden Cotroceni untuk menyokong parti pemerintah, demonstrasi pertama pihak prokerajaan selepas bantahan antikerajaan telah berlangsung selama beberapa hari di Bucharest dan seluruh negara itu.
Demonstrasi prokerajaan memakai bendera negara dan sepanduk yang menyuarakan slogan: “Perlembagaan mengatakan Presiden pengantara, bukan penghasut semangat,” “Hormati undian kita, saya menyokong kerajaan sah.”
Pemimpin Parti Demokratik Sosial (PSD) Liviu Dragnea berkata bantahan-bantahan ini bukan dianjurkan oleh partinya, menegaskan dia tidak mahu orang ramai berpecah menjadi dua pihak berlawanan.
Sementara itu, jumlah penunjuk perasaan di depan ibu pejabat kerajaan kelmarin, malam keenam berturut-turut, mencapai jumlah lebih 200,000, menurut laporan-laporan media setempat, meskipun selepas kerajaan membatalkan pada awal hari itu terhadap akta darurat kontroversi mengenai pengubahsuaian Kanun Jenayah.
Para penunjuk perasaan, setelah berjaya memaksa kabinet untuk memansuhkan akta itu, kini mengemukakan tuntutan baru: peletakan jawatan kerajaan. Kebanyakan penunjuk perasaan mempamerkan sepanduk yang dibaca “Letak Jawatan!”
Kerajaan Romania membatalkan akta kecemasan dalam pengubahan Kanun Jenayah dalam mesyuarat khas kelmarin, sehari selepas Perdana Menteri Sorin Grideanu mengumumkan keputusan pada Sabtu.
“Kesemua hujah yang kami ada dalam menyokong akta itu tidak disampaikan secara baik… Banyak kekeliruan telah tercipta. Dan begitu banyak herotan yang tidak berkaitan dengan apa yang telah diterima pakai pada akhirnya,” Grindeanu menjelaskan apabila mengumumkan keputusannya pada lewat Sabtu lepas.
Akta kecemasan itu, yang telah ditakrifkan semula dan sebahagiannya disalahgunakan oleh kesalahan-kesalahan pejabat, mencetuskan beberapa bantahan besar di Romania sejak beberapa hari lalu.
Pihak pembangkang dan penunjuk perasaan merungut perubahan-perubahan itu akan menghindarkan beberapa ahli politik yang didakwa dengan jenayah terlepas dari dihukum. – Xinhua