Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Situasi virus di Jerman ‘amat serius’

    BERLIN, 22 OKT – Jerman sedang menghadapi peningkatan ‘amat serius’ dalam kes koronavirus, kata ketua pusat kawalan penyakit Institut Robert Koch hari ini, tatkala negara melaporkan 11,287 jangkitan baharu.

    Virus masih boleh dikawal menerusi ‘pematuhan sistematik dengan langkah sekatan,’ kata Lothar Wieler.

    Namun “situasi keseluruhan telah menjadi amat serius,” tambah beliau.

    Jerman, seperti kebanyakan negara Eropah lain, telah berdepan peningkatan mendadak dalam kes COVID-19 selama beberapa minggu.

    Kes hari ini jauh melebihi rekod 7,830 yang dicatat pada Jumaat lalu, dan me-rupakan peningkatan besar berbanding 7,595 kes yang dilaporkan semalam.

    Berdepan dengan pertambahan itu, pihak berkuasa telah memperketat langkah-langkah untuk mengawal penularan pandemik, seperti mengharamkan perhimpunan besar.

    Sekatan tempatan juga telah dikenakan – di Berlin, kini diwajibkan untuk memakai penutup mulut dan hidung di beberapa jalan raya sibuk.

    Wieler hari ini menyalahkan perhimpunan persendirian, terutamanya di kalangan orang muda, atas peningkatan dramatik dalam kes.

    “Lebih ramai orang berkumpul, lebih banyak kes akan meningkat dan virus akan merebak dengan lebih teruk,” kata beliau, mendapati ‘orang muda kini paling terdedah kepada virus ini.’

    Wieler menggesa orang awam supaya mematuhi peraturan tetapi mengingatkan penularan ‘tidak terkawal’ mungkin tidak dapat dielakkan di sesetengah rantau. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda