SEBUAH syarikat daripada Czech, Yoni, baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan di dalam talian apabila miswak atau siwak yang digunakan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun dahulu dan menjualnya dengan harga yang melampau iaitu AS$5 sebatang, yang mana mereka katakan sebagai ‘revolusi berus gigi mentah.’
Miswak yang dipetik dari ranting persica salvadora atau pokok miswak telah digunakan sebagai agen pembersihan gigi secara semula jadi pada 7,000 tahun dahulu yang terdapat di benua kecil India, semenanjung Arab, beberapa bahagian di Afrika dan Pusat dan Barat Daya Asia secara percuma, tetapi bagi syarikat daripada Czech itu cuba untuk mengaut keuntungan daripadanya sebagai ‘berus gigi mentah dan ubat gigi dalam satu’ dan menjualnya dengan harga AS$5. Miswak dijual oleh Yoni dalam satu bungkusan dan disertakan dengan tiub ujian plastik agar dapat dibawanya kemana saja. Berus gigi mentah itu ‘penuh dengan mineral dan vitamin’ dan anda boleh memberus gigi anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Ia juga dapat mengembalikan mineral enamel gigi anda, mencegah kerosakan gigi, memutihkan gigi, mengekalkan PH pada tahap yang sihat dan menjadikan nafas anda sentiasa berbau segar.
Semua fakta ini adalah benar, tetapi bagi sesiapa yang sudah mengenali kelebihan penggunaan siwak itu sejak dari dulu lagi, bagi mereka ia sangat menjengkelkan dengan cara pemasaran syarikat itu dan harga yang diletakkan adalah tidak berpatutan.



“Adakah ia betul? Anda akan cuba menukar nama #Miswak, memotretkan beberap imej YT hipster dan cuba mengubahnya kepada #rawtoothbrush. Tidak, tidak patut.” Kata seorang penulis di Twitter apabila video promosi Yoni itu menjadi viral.
“Mereka berada seribu tahun lewat bagi ‘penemuan’ baru mereka itu. Kami telah menggunakannya sejak turun-temurun,” kata yang lainnya.
Kecaman terhadap Yoni itu masih berterusan dan dipersoalkan terhadap ‘penemuan’ terbaru mereka itu.
Dengan harga AS$5 sebatang itu dianggap tidak realistik dan terlalu mahal, dan produk ini boleh menjadi satu trend di kalangan hipster.