Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siwon alami kerugian bisnes hartanah

    PENYANYI dan pelakon popular Siwon (Super Junior) dilaporkan mengalami kerugian dalam perniagaan hartanah yang diceburinya.

    Siwon atau nama sebenarnya Choi Siwon dikhabarkan terpaksa menjual hartanah yang dimiliki jauh lebih murah daripada harga ketika dibelinya.

    Sebuah media tempatan melaporkan perkara itu terjadi gara-gara dia ditipu oleh ejen hartanah ketika membeli sebuah bangunan di daerah Apgujeng pada 2015.

    Siwon dikatakan membayar dengan harga tinggi melebih nilai hartanah di kawasan berkenaan.

    Siwon dikhabarkan terpaksa menjual hartanah yang dimiliki jauh lebih murah daripada harga ketika dibelinya.
    Siwon dikhabarkan terpaksa menjual hartanah yang dimiliki jauh lebih murah daripada harga ketika dibelinya.

    Menyedari perkara itu, Siwon dikatakan telah melakukan pengubahsuaian agar lokasi tersebut menjadi tarikan pengunjung, namun malangnya sehingga kini belum ada peniaga yang berminat untuk menyewa.

    Lokasi yang tidak strategik membuatkan bangunan tersebut kurang mendapat sambutan sehingga akhirnya dia menjual semula dengan harga yang murah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda