LOS ANGELES, 12 DIS – The Philadelphia 76ers menewaskan Golden State Warriors 102-93 semalam, sekali gus meleburkan impian Stephen Curry untuk mencatat rekod NBA di gelanggang mereka.
Curry memasuki perlawanan memerlukan 10 mata three-pointer untuk mengatasi rekod sepanjang masa 2,973 yang dicatat Ray Allen.
Bintang Warrior itu telah memperoleh 10 mata three-pointer atau lebih dalam 22 perlawanan kariernya, tetapi ketika berdepan pertahanan pasukan Sixers, dia hanya mampu mencatat tiga daripada 14 di luar lengkung gelanggang dalam usaha memperoleh 18 mata.
Joel Embiid memimpin 76ers dengan 26 mata, Tobias Harris menambah 16 mata sementara Matisse Thybulle berperanan mengawal Curry.
“Bukan rahsia lagi dia berusaha memecah rekod ini sekarang,” kata Thybulle. “Joel dan saya bercakap hari ini semasa jaringan dan dia berkata kami tidak akan membenarkan ia berlaku di gelanggang kami.
“Maka saya bertindak dan memastikan ia tidak berlaku.”
Pada keseluruhan, Curry hanya membuat enam daripada 20 percubaan dari gelanggang, walaupun dia masih mengatasi abangnya Seth Curry, yang memberikan 10 mata untuk Philadelphia.
Bintang Warriors itu, kini memerlukan tujuh mata three-pointer untuk memecah rekod Allen, berpeluang melakukannya dalam perlawanan menentang Pacers di Indianapolis esok.
Pasukan Warriors akan meneruskan kunjungannya menentang New York Knicks di Madison Square Garden pada Selasa.
Jurulatih Golden State Steve Kerr, dengan kekalahan Warriors untuk kali kelima musim ini dan ketinggalan separuh perlawanan di belakang Phoenix Suns untuk pendahuluan Western Conference, berkata kunci kepada misi rekod Curry adalah ‘membiarkannya berlaku.’
“Rekod itu akan berlaku pada satu tahap tidak lama lagi,” kata Kerr. “Tidak ada alasan untuk memaksa apa-apa. – AFP