Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Skechers Brunei tawar jualan termurah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Kedai kasut Skechers Brunei kini sedang mengadakan jualan termurah Members Fantastic Saving di dua cawangannya iaitu di Kiulap dan Gadong hingga hujung minggu ini.

    Para pelanggan boleh menikmati harga termurah bagi kasut kanak-kanak hingga dewasa.

    Selain itu, Skechers Brunei juga memperkenalkan beberapa model terbaharu kasut kanak-kanak dan selipar yang sesuai untuk aktiviti luar ataupun untuk kegunaan seharian.

    Model-model terbaharu Skechers berkenaan didatangkan dengan pelbagai reka bentuk dan warna serta boleh didapati di kesemua cawangannya di seluruh negara dengan harga yang menarik dan berpatutan.

    Jualan termurah Skechers di cawangan Kiulap dan Gadong.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...