Skechers buka cawangan di lokasi baharu

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Jenama kasut terkemuka Amerika, Skechers yang dibawakan oleh Syarikat GL Extra Enterprise di negara ini, telah membuka semula cawangan Serusop di lokasi baharu iaitu di Delima Satu.

Perasmian cawangan berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan GL Extra Enterprise, Lim Kwee.

Dalam pada itu, Skechers turut memperkenalkan produk-produk terbaharu termasuk Skechers Archfit, kasut yang sangat selesa untuk mereka yang suka bersukan dan juga sesuai digunakan untuk hari-hari biasa.

Dua lagi ialah Ultra Flex 2.0-Kelmer dan Skechers Go Run Speed Trail Hyper yang kedua-duanya merupakan kasut tahan lasak sesuai untuk mereka yang menggemari sukan larian maraton dan mendaki bukit.

Sempena perasmian cawangan di lokasi baharu ini, Skechers cawangan Serusop juga menawarkan beberapa promosi menarik termasuk payung dan baju T percuma bagi 100 pelanggan terawal yang membuat pembelian pada harga ditetapkan.

Selain itu, setiap pembelian kasut pada harga tertentu secara tidak langsung mendapatkan harga diskaun ahli.

Lim Kwee dan Duta Skechers Brunei, Sefli Ahar ketika bergambar bersama kasut baharu Ultra Flex 2.0 – Kelmer dan Skechers Go Run Spped Trail Hyper. – Gambar oleh Muiz Matdani