Skim bantu penduduk S’wak miliki rumah pasca pandemik

SIBU, 13 DIS – Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 di Sarawak adalah satu kaedah untuk membantu mereka memiliki kediaman sendiri setelah ramai kini terjejas kehidupan mereka akibat kemunculan pandemik COVID-19, kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata melalui skim diurus Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd itu, kerajaan negeri akan membayar deposit rumah maksimum RM10,000 untuk pembelian rumah mampu milik, sekali gus membantu mereka yang tidak berupaya membuat simpanan ketika tempoh pandemik.

“Sebagai contoh kalau awda membeli rumah berharga RM90,000, kerajaan negeri akan membayar RM10,000 deposit dahulu dan baki RM80,000 lagi akan dilunaskan pembeli. – Bernama

Sebuah keluarga bergambar di hadapan rumah mereka yang baru siap dibina di Projek Perumahan Spektra Permata Kemunyang. – Bernama