Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Skim bantuan bencana iklim dilancar

    SHARM EL SHEIKH, MESIR, 14 NOV – Skim untuk memberikan sokongan kewangan segera kepada komuniti yang terkesan oleh bencana iklim dilancarkan hari ini oleh sekumpulan negara kaya dan membangun pada sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) COP27 di Mesir.

    ‘Perisai Global menangani Risiko Iklim’ dilancarkan ketika negara-negara terjejas juga menuntut bayaran pampasan yang lebih untuk ‘kerugian dan kerosakan’ yang telah pun dialami akibat pemanasan bumi.

    Inisiatif itu, disokong negara G7 dan dilancarkan dengan pembiayaan berjumlah lebih AS$200 juta, bertujuan menyediakan ‘sokongan kewangan untuk digunakan semasa bencana iklim.’

    Projek Perisai Global ‘sudah lama tertangguh,’ kata Ken Ofori-Atta, menteri kewangan Ghana dan pengerusi kumpulan negara paling mudah terdedah kepada kesan perubahan iklim, V20.

    “Tidak pernah timbulnya soalan siapa yang membayar atas kehilangan dan kerosakan, kerana kami yang membayarnya,” kata beliau pada sidang kemuncak di Sharm El-Sheikh di Mesir.

    “Ekonomi kami membayarnya dalam prospek pertumbuhan yang hilang, perusahaan kami membayarnya dalam gangguan perniagaan dan komuniti kami membayarnya dalam nyawa dan mata pencarian yang hilang.”

    Beliau berharap projek itu akan membantu komuniti yang paling mudah terjejas tetapi juga membantu memahami cabaran yang dihadapi ekonomi membangun ketika negara mereka dibelenggu banjir, gelombang haba dan kemarau berpunca daripada perubahan iklim. – AFP

    Seorang nelayan Iraq duduk dalam bot dari tebing pasir yang jelas kelihatan disebabkan kemerosotan paras air di sungai Euphrates akibat kemarau di bandar Nasiriyah, wilayah Dhi Qar, Iraq. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...