Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Skim persaraan baharu kukuh kesejahteraan ahli TAP

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Skim persaraan yang baharu akan dilancarkan pada 2023 dengan kajian penambah baikan Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan SCP telah dilaksanakan di mana objektif skim baharu itu adalah untuk mengukuhkan lagi kesejahteraan sosial para ahli TAP semasa persaraan mereka.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah memberikan penerangan itu bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadi mengenai skim persaraan baharu yang akan dilaksanakan pada 2023 serta cadangan perubahan yang dapat dikongsikan secara awal semasa hari keempat permesyuaratan MMN berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Beliau menerangkan bahawa skim persaraan baharu itu mengambil kira beberapa faktor seperti pendapatan yang akan diterima ahli-ahli semasa persaraan, income replacement ratio, inflasi semasa, penggalakan produktiviti ahli-ahli TAP, menggalakkan pekerjaan dan berdaya tahan serta keterangkuman.

    Yang Berhormat Dato menyatakan lagi bahawa beberapa tindakan lanjut adalah dalam pelaksanaan termasuk penyediaan dan pindaan akta-akta yang berkenaan serta penambahbaikan sistem IT utama TAP bagi memastikan pelaksanaan skim baharu itu dapat dilaksanakan dengan lancar. Setelah semua tindakan yang berkenaan selesai dilaksanakan, jelas Yang Berhormat Dato, struktur terperinci skim baharu itu akan dikongsi dengan pekerja-pekerja, ahli-ahli TAP dan majikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...