SKMM gesa pembinaan menara disegerakan

KOTA KINABALU, 21 JUN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan syarikat telekomunikasi sedang melaksanakan kajian untuk mempercepatkan permohonan pembinaan menara telekomunikasi di beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu.

Pengerusi SKMM, Al Ishsal Ishak berkata rangkaian baharu infrastruktur digital memerlukan kajian dan kerjasama beberapa pihak termasuk pemegang lesen syarikat telekomunikasi di kawasan berkenaan.

“Pertama sekali saya amat kecewa (mendengar berita) kerana ada sekolah yang masih kekurangan infrastruktur digital…sekolah adalah satu pusat yang penting bagi kita untuk menerima pendidikan…oleh itu kita akan memastikan permohonan pembinaan menara telekomunikasi di kawasan berkenaan dapat dipercepatkan,” katanya. – Bernama