Skuad Arsenal perlu kritis – Emery

LONDON, 7 OKT – Pengurus Arsenal Unai Emery mengakui skuadnya perlu kritis terhadap persembahan mereka sekali pun kelab itu melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana susulan kemenangan 1-0 terhadap terhadap Bournemouth, malam tadi.

Skuad dengan julukan Gunners itu hanya mencipta dua cubaan tepat ke gawang dan terselamat apabila Callum Wilson mensia-siakan peluang terhidang untuk menyamakan kedudukan buat Bournemouth pada babak kedua dengan gol tunggal dijaringkan pertahanan David Luiz.

“Kami gembira dengan keputusan yang diraih. Saya amat bangga dengan usaha kami pada babak pertama, tetapi kami perlu mengkritik diri kami untuk memperbaiki sesuatu,” kata Emery selepas perlawanan.

“Kami bercakap sebelum permainan yang jika kami menang, kami akan berada di tangga ketiga liga dan untuk keyakinan kami, ia amat penting. – AFP