Skuad B-15 negara benam Kemboja

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Skuad B-15 negara memperoleh kemenangan pertama apabila mereka berjaya menembusi gawang Pasukan Kemboja bagi kemenangan selesa 2-0 dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-15 di Thailand hari ini.

Skuad negara membuka tirai jaringan apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-15 sebelum disusuli dengan jaringan kedua pasukan negara selang empat minit kemudian bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Dan kedudukan itu kekal hingga wisel penamat bagi memberikan kemenangan pertama skuad negara dan kini mengumpul empat mata dari empat perlawanan.

Dalam dua perlawanan sebelum ini, pasukan negara tumpas di tangan Malaysia dan Vietnam, namun ketua jurulatih pasukan, Stephen Ng menegaskan meskipun tewas dalam dua perlawanan tersebut, pasukan muda Brunei perlu diberikan pujian kerana menunjukkan semangat juang dan momentum yang tinggi dalam kejohanan tersebut.

Stephen Ng menegaskan meskipun pada masa yang singkat, para pemain telah menunjukkan daya saing dan komitmen yang sangat baik dan penyertaan kali ini adalah pendedahan yang positif terutama di peringkat yang lebih tinggi di Asia.

Antara aksi ketika pemain muda Brunei Darussalam di Kejohanan (AFF) B-15 di Thailand. - Gambar oleh Thailand FA
Antara aksi ketika pemain muda Brunei Darussalam di Kejohanan (AFF) B-15 di Thailand. – Gambar oleh Thailand FA