Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad B-23 bawa misi negara

    Oleh Salawati Haji Yahya & Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Seramai 22 pemain Bawah 23 (B-23) serta tujuh pegawai rasmi hari ini berlepas ke perlawanan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) B-23 Tahun di Myanmar.

    Sebanyak 40 pasukan dari negara Asia yang dibahagikan kepada 10 kumpulan dengan juara serta naib juara kumpulan akan layak menyertai Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di China pada 9 hingga 27 Januari tahun hadapan.

    Pasukan negara berada dalam Kumpulan F, ditempatkan bersama Pasukan Australia, Myanmar dan Singapura, dan akan memulakan perlawanan mereka di Yangon menentang Australia pada Rabu ini sebelum bertemu dengan pasukan negara penganjur Myanmar pada hari Jumaat.

    Skuad negara akan menamatkan perlawanan peringkat kumpulan menentang Singapura pada 23 Julai ini.

    Pengurus Pasukan, Haji Madli bin Haji Mohd Yussof yang juga Pemangku Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) menjelaskan, bahawa mereka megambil serius terhadap dua kejohanan iaitu AFC dan Sukan SEA, di mana pasukan negara telah menjalani latihan sejak Januari di samping memulakan latihan pada 1 Mac dan ini merupakan ujian yang baik untuk persiapan sebelum cabaran Sukan SEA.

    Pengiran Mohd Amirrizal (dua kiri) berinteraksikan bersama para pemain sebelum mereka berlepas bagi Kejohanan AFC di Myanmar.
    Pengiran Mohd Amirrizal (dua kiri) berinteraksikan bersama para pemain sebelum mereka berlepas bagi Kejohanan AFC di Myanmar.
    Haji Madli dan Pengiran Mohd Amirrizal bergambar ramai bersama pemain B-23 negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
    Haji Madli dan Pengiran Mohd Amirrizal bergambar ramai bersama pemain B-23 negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Pasukan negara yang di bawah kendalian Kwon Oh-son telah mengatur pemain yang sama untuk bersaing di Sukan SEA di Kuala Lumput dan ini merupakan pendedahan yang sulung bagi pasukan ini bersaing di peringkat antarabangsa.

    Jurulatih pasukan tersebut menegaskan menegaskan kedua-dua kejohanan ini (AFC dan Sukan SEA) adalah keutamaan teratas pasukan.

    “Kejohanan ini (AFC B-23 Myanmar) akan menjadi platform pertama para pemain sebagai sebuah pasukan sebelum cabaran di Sukan SEA bulan depan,” ujarnya.

    Hadir mengucapkan selamat jalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Pemangku Setiausaha Agung NFABD, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud serta para pegawai NFABD dan keluarga para pemain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda