Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Skuad B-23 M’sia kurang bernasib baik

    HANOI, 23 MEI – Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Malaysia, Brad Maloney berbangga dengan prestasi anak buahnya dalam saingan bola sepak Sukan SEA ke-31, namun beliau tetap kecewa selepas Malaysia ditewaskan Indonesia pada aksi penentuan pingat gangsa di Stadium Nasional My Dinh di sini kelmarin.

    Malaysia kalah 3-4 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam perlawanan selama 90 minit yang memaksa pemenang ditentukan melalui ‘loteri’ tanpa memasuki masa tambahan 30 minit.

    Ronaldo Joybera R Junior dan pemain gantian pasukan Malaysia, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak masing-masing menjaringkan gol untuk Indonesia dan Malaysia pada aksi itu.

    Bagaimanapun, pada penentuan sepakan penalti itu, penjaga gol Indonesia, Ernando Ari Sutaryadi muncul wira apabila menyelamatkan dua sepakan penalti Malaysia yang diambil Muhammad Hadi dan Luqman Hakim Shamsudin, sementara sepakan pemain Indonesia, Asnawi Mangkualam Bahar menggegar palang.

    Kekalahan semalam bermakna skuad Malaysia gagal meraih sebarang pingat pada Sukan SEA buat kali kedua berturut-turut selepas skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee merangkul pingat perak pada edisi Kuala Lumpur 2017. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...