Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Skuad B-23 M’sia mampu buat kejutan di Hanoi – Presiden FAM

    HANOI, 11 MEI – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatkan skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) Malaysia memiliki kriteria sebagai pasukan yang mampu mencipta kejutan di Sukan SEA ke-31, di sini.

    Beliau berkata kejutan mampu dilakukan berdasarkan perancangan dibuat Ketua Jurulatih Brad Maloney dan prestasi pasukan muda Malaysia sejak kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Ulaanbaatar, Mongolia, Oktober tahun lepas.

    “Pasukan ini ada ciri-ciri untuk boleh membuat kejutan ataupun berjaya di Sukan SEA, insya-Allah.

    “Tetapi dalam bola sepak ini kita perlu berusaha dan kita berharap pasukan ini akan berjaya, saya ada keyakinan dekat situ,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra dan makan malam bersama media tempatan ke Sukan SEA di sini, semalam.

    Beliau berkata Sukan SEA juga merupakan pentas terbaik buat anak buah Maloney membuktikan sesuatu menjelang pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 yang dijadual berlangsung di Uzbekistan, Jun ini.

    Setakat ini, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B berjaya melakar satu kemenangan selepas mengatasi Thailand dan akan turun berdepan Laos pada aksi kedua di Stadium Thien Truong di Nam Dinh, Vietnam malam ini.

    Malaysia kemudian akan menamatkan saingan kumpulan berdepan Singapura Sabtu ini dan Kemboja pada 16 Mei dengan dua pasukan teratas akan layak ke peringkat separuh akhir. – Bernama

    Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia Bawah 23 semasa melakukan persiapan untuk Sukan SEA ke-31 Vietnam 2021. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...