Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Skuad B-23 M’sia mara ke separuh akhir

    NAM DINH, VIETNAM, 15 MEI – Selepas sah layak ke peringkat separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31, Malaysia menyasarkan untuk beraksi di pusingan kalah mati yang dijadual berlangsung Khamis ini selaku juara Kumpulan B.

    Itu adalah tuntutan Ketua Jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Malaysia, Brad Maloney kepada anak buahnya menjelang aksi terakhir kumpulan bertemu Kemboja di Stadium Thien Truong nanti.

    Selepas bermain tiga perlawanan dengan mengumpul tujuh mata, kemenangan ke atas Kemboja akan menjamin kemaraan Malaysia ke pentas separuh akhir sebagai pendahulu.

    “Kami mahu berada di tangga teratas kumpulan bagi melangkah ke separuh akhir,” katanya kepada Bernama selepas aksi Malaysia menentang Singapura yang berkesudahan 2-2 di Stadium Thien Truong, semalam.

    Keputusan seri dicatat itu bukan saja menghentikan momentum kemenangan pasukan Malaysia, malah menyekat hasrat Maloney untuk membimbing pasukan Malaysia layak ke separuh akhir lebih awal dengan rekod kemenangan 100 peratus.

    Namun, kejayaan Thailand membenam Kemboja 5-0 pada satu lagi aksi Kumpulan B semalam secara tidak langsung mengesahkan slot separuh akhir buat Malaysia. – Bernama

    Aksi pemain Malaysia, Muhammad Syafik Ismail (kanan) mengawal bola ketika menentang Singapura pada saingan Sukan SEA 2021 kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...