Monday, October 3, 2022
24.6 C
Brunei

Skuad B16 dalam misi harumkan nama negara

-

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Pasukan bola sepak kebangsaan bawah 16 tahun (B16) Negara Brunei Darussalam berlepas ke Indonesia hari ini untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) B16, yang dijangka bermula 31 Julai di Yogyakarta, Indonesia.

Antara pemain kebangsaan B16 ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada pasukan tersebut ialah Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan dan Setiausaha Agung FABD, Awang Mohd Shahnon bin Mohd Salleh serta ahli-ahli jawatankuasa eksekutif FABD.

Brunei Darussalam yang berada dalam Kumpulan B, akan berdepan dengan Thailand pada 1 Ogos; Timor Leste pada 4 Ogos; dan Laos pula pada 7 Ogos.

Ketua Jurulatih, Admirul Arbi dalam satu kenyataan berkata, “Pasukan kebangsaan telah berlatih dengan bersungguh-sungguh dan mempersiapkan mereka untuk berfikiran positif sebelum melangkah ke kejuaraan utama.

YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan bergambar ramai bersama ahli pasukan sebelum berlepas ke Indonesia di Ruang Legar Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – Gambar serahan FABD

“Setakat ini, pasukan telah beraksi dalam tiga perlawanan pramusim sebagai persiapan dan menyatukan pemain untuk bermain dalam satu pasukan.

“Mereka memberikan prestasi yang terbaik dalam ketiga-tiga perlawanan itu.

“Ia adalah satu fakta yang pasti bahawa semua pasukan yang turut bertanding ingin memenangi kejuaraan itu. Sudah tentulah, kami juga berfikir perkara yang sama.

“Tetapi sebagai sebuah negara yang kecil dalam arena bola sepak, kami memulakan latihan dalam membangun semangat berpasukan untuk menghadapi saingan yang lebih kuat sebagai salah satu cara untuk membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi.

“Setakat ini, kami merancang untuk melakukan yang terbaik dan berjuang sehingga ke penghujung perlawanan. Kesemua pemain berhasrat dapat mengharumkan nama negara yang tercinta, Brunei Darussalam,” kata Awang Admirul Arbi.

Selain itu, mereka juga berharap semua orang menyokong usaha mereka agar dapat memberikan yang terbaik.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -