Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Skuad B19 berlepas ke Indonesia

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Pasukan Kebangsaan Brunei Darussalam bawah 19 tahun (B19) berlepas ke Jakarta, Indonesia untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Persekutuan Bolasepak Asia (AFF) B19, hari ini.

    Rombongan pasukan kebangsaan diketuai oleh Pengurus Pasukan Tabuan Muda B19, Awang Mohd Nazib bin Haji Ali bersama Penolong Pengurus, Awang Bujang bin Haji Japar serta Ketua Jurulatih, Awang Faisalani bin Ghani.

    Awang Faisalani berkata bahawa beliau yakin dengan pasukan di bawah kendaliannya dapat memberikan cabaran menentang pasukan negara lain.

    “Sasaran perlawanan ini adalah untuk memberikan cabaran. Kami ingin mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata jika tidak berjaya mendapatkan mata penuh dalam setiap perlawanan peringkat kumpulan,” kata Awang Faisalani seperti yang dipetik dari laman sesawang AFF.

    Hadir bagi mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Brunei Darussalam (FABD), Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin; Setiausaha Agung FABD, Awang Mohammad Shahnon bin Haji Mohd Salleh dan ahli-ahli jawatankuasa eksekutif FABD.

    Skuad Tabuan Muda disenaraikan dalam kumpulan A bersama dengan pasukan tuan rumah, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Filipina.

    Pasukan kebangsaan B19 juga akan memulakan kempen mereka menentang Myanmar di Stadium Madya Senayan pada 2 Julai depan.

    Perlawanan perdana untuk pasukan kebangsaan B19 serantau akan diadakan dari 2 hingga 15 Julai.

    Rombongan pasukan kebangsaan B19 semasa sesi bergambar ramai di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Jakarta, Indonesia. – Gambar serahan FABD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -