Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Skuad B23 Brunei tewas di tangan Syria

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Pasukan kebangsaan bawah 23 (B23) Brunei Darussalam menanggung kekalahan paling teruk baru-baru ini selepas tewas 11-0 kepada Syria dalam Kelayakan Piala Asia B23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Qatar 2024 di Stadium Prince Mohammad di Zarqa City, kelmarin.

    Keputusan itu menandakan kekalahan kedua berturut-turut Tabuan Muda dalam pusingan kelayakan setelah memulakan kempen mereka dengan kekalahan 9-0 kepada Jordan.

    Gandingan pemain tengah Syria, Mustafa Abdullatif dan Mohamad Rihanieh mengetuai serangan selepas masing-masing mencatat hatrik.

    Syria, yang memerlukan kemenangan untuk berpeluang mara ke peringkat utama pertandingan, membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi Hozan Rawan Osman.

    Brunei berjaya menyekat lawan mereka dan mengurangkan kesilapan sehingga minit ke-41 apabila Oliver Isak Kawo menggandakan pendahuluan untuk pasukannya.

    Ditambah dengan kekurangan serangan, pertahanan Brunei yang longgar mudah ditembusi apabila gol dijaringkan oleh Ahmad Hatem, Mahmoud Nayef dan Almekdad Ahmad yang mengesahkan penguasaan Syria.

    Pasukan B23 tahun negara akan menamatkan peringkat kumpulan mereka menentang Oman pada 12 September di tempat yang sama.

    Aksi pemain B23 Brunei dan Syria semasa perlawanan berkenaan. – Gambar serahan AFC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Iran ketatkan kawalan ke atas sekolah antarabangsa

    TEHRAN, 4 OKT - Ia merupakan permulaan penggal baharu di Iran tetapi tahun ini ia menyayat hati bagi pelajar di sekolah antarabangsa selepas keputusan...