Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Skuad badminton Malaysia mara ke separuh akhir

    PHNOM PENH, 9 MEI – Skuad badminton lelaki Malaysia mara ke separuh akhir acara berpasukan selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Vietnam pada peringkat suku akhir Sukan SEA 2023, hari ini.

    Perseorangan utama Malaysia, Leong Jun Hao (gambar-Bernama) merangkul mata pertama apabila pemain nombor 61 dunia itu menumpaskan Nguyen Hai Dang, 21-14, 21-16, dalam perlawanan yang berlangsung di Dewan Badminton Morodok Techo National Stadium itu.

    Meskipun diasak sengit beregu Vietnam, Nguyen Dinh Hoang-Tran Dinh Manh, 21-19, dalam set pertama perlawanan kedua, beregu Malaysia Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe kekal tenang untuk memenangi set kedua 21-14, sekali gus menambah mata pendahuluan buat Malaysia.

    Bagaimanapun, Lee Shun Yang, pemain ranking ke-93 dunia, gagal meneruskan momentum kejayaan itu selepas tewas kepada pemain nombor 163 dunia, Le Duc Phat, 13-21, 21-16, 7-21.

    Dalam perlawanan terakhir, beregu kedua Malaysia, Chia Weijie-Liew Xun menundukkan Xun Nguyen Xuan Hung-Pham Van Hai, 21-14, 21-18, sekali gus mengesahkan tiket separuh akhir untuk Malaysia, esok.

    Malaysia, yang merupakan pilihan kedua kejohanan, akan menentukan slot ke final dengan menentang Thailand, selepas juara bertahan itu mengalahkan Kemboja 3-0.

    Sementara itu, Weijie ketika ditemui selepas perlawanan mengakui mereka kehilangan fokus pada minit-minit akhir set kedua, sekali gus memberi peluang kepada pasangan Vietnam memperoleh lima mata bagi merapatkan jurang hingga 19-18.

    Namun Weijie-Liew berjaya menempuh saat-saat genting itu untuk akhirnya meraih mata kemenangan buat Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...