Skuad badminton Malaysia pulang tangan kosong

KUALA LUMPUR, 23 FEB – Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Masters Sepanyol berakhir selepas wakil Malaysia termasuk satu pasangan beregu, tewas kepada lawan masing-masing dalam perlawanan separuh akhir di Barcelona, Sepanyol pada Sabtu.

Gandingan beregu badminton Malaysia yang juga pasangan pilihan kedua, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meneruskan kecemerlangan mereka dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$170,000 (RM712,456) itu, setelah tewas 16 hingga 21 dan 22 hingga 24 kepada pasangan pilihan keempat Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen. – Bernama