Thursday, August 11, 2022
23.3 C
Brunei

Skuad bola sepak AUG melangkah ke final

-

UBON RATCHATHANI, 3 OGOS – Skuad bola sepak Malaysia melangkah ke pentas final Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 biarpun tewas 1-2 kepada Laos dalam aksi terakhir peringkat kumpulan semalam.

Skuad Malaysia dibimbing Ridzuan Abu Shah mengesahkan slot itu selepas mempunyai kelebihan jaringan ke atas Laos sekali gus akan bertemu juara bertahan Thailand pada Jumaat ini.

Dalam aksi format liga sepusingan di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat itu, Laos terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit kelima menerusi Akkhom Thoranin sebelum Vanna Bounlovongsa menggandakan jaringan pada minit ke-57.

Skuad Malaysia kemudian memperoleh gol tunggal menerusi jaringan Saiful Iskandar Adna Saiful Azlan pada minit ke-59 yang sudah memadai meletakkan skuad Malaysia menduduki tangga kedua kumpulan menerusi kelebihan perbezaan jaringan biarpun berkongsi empat mata dengan Laos.

“Saya bernasib baik kerana memilih untuk menurunkan ramai pemain utama dalam aksi ini. Jika tidak, mungkin keputusan sebaliknya boleh terjadi kepada kami jika saya memandang mudah cabaran Laos.

“Apapun saya berbangga dengan pemain kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat final.” – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Virus Langya jangkiti 35 individu di China

BEIJING, 10 OGOS – Saintis-saintis telah mengesan virus baharu yang dikatakan berasal dari haiwan di timur China yang telah menjangkiti puluhan orang, lapor BBC...
- Advertisment -