Skuad bola sepak China ‘gelisah’

SHANGHAI, 13 ARPIL – Jurulatih pasukan China Li Tie mendedahkan kesan psikologi disebabkan oleh koronavirus yang telah menimpa skuad kebangsaan semasa kem latihan selama lima minggu yang berpanjangan di – sebabkan oleh pandemik.

Anak buah Li menghabiskan masa bulan Mac di Dubai, di mana pasukan Liga Super China (CSL) turut mengadakan latihan di luar negara, sebelum kembali ke China semasa penularan mula berkurangan di China.

Media China sebelum ini melaporkan bahawa skuad tersebut mengalami keletihan minda, dengan kombinasi latihan, kuarantin dan jauh daripada keluarga untuk tempoh yang lama pada masa-masa sukar.

Koronavirus yang mula terjadi di tengah China pada bulan Disember sebelum menular ke seluruh dunia telah menjejaskan musim bola sepak – dan semua sukan amnya – di seluruh dunia.

“Dengan situasi epidemik di Dubai yang semakin memburuk setiap hari, angka tetamu di hotel penginapan kami semakin berkurangan hari demi hari,” Li memberitahu televisyen China.

“Pasukan Liga Super China yang lain yang telah menjalankan latihan di sini telah pulang ke China satu demi satu.

“Pada masa ini, kesemua pemain dan kakitangan kami di bawah tekanan psikologi. – AFP