Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Skuad Harimau Malaya intai Piala Asia

    PETALING JAYA, 13 JUN – Malaysia tidak boleh tercicir mata ketika berdepan Bangladesh pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung esok (Selasa), kata penyerang Malaysia, Muhammad Syafiq Ahmad.

    Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata pertembungan di Stadium Nasional di Bukit Jalil esok adalah peluang keemasan buat skuad Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2023.

    Beliau berkata Malaysia telah menunggu lama untuk kembali membuat penampilan di pentas kejohanan bola sepak berprestij Asia itu dan jika pasukan Malaysia terlepas peluang tersebut ia akan menjadi satu kerugian besar.

    “Kita dah terlepas untuk dapatkan mata dalam perlawanan lalu dan ini (aksi menentang Bangladesh) adalah peluang terbaik kita untuk layak ke Piala Asia kerana mempunyai kelebihan bermain pusingan kelayakan sebagai tuan rumah.

    “Jadi kita perlu lupakan perlawanan lepas dan tengok ke hadapan, ini peluang kita layak secara merit,” katanya pada sidang media pra-perlawanan di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...