Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Skuad Harimau Malaya letak tepi soal ranking

    SEPANG, 19 NOV – Status ranking dan rekod pertemuan tidak menjadi kerisauan skuad Harimau Malaya, tetapi pulang dengan tiga mata menjadi matlamat utama apabila turun menentang Taiwan pada Selasa ini.

    Di atas kertas, Malaysia dengan kedudukan ranking ke-137 dunia dan momentum prestasi baik sejak kebelakangan ini sepatutnya boleh mencatatkan kemenangan ke atas pasukan di ranking ke-152, Taiwan pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei.

    Namun, rekod perlawanan Malaysia di gelanggang lawan tidak begitu meyakinkan terutamanya selepas tewas dua aksi terakhir menentang Taiwan di Taipei.

    Bagi bek kiri La’Vere Corbin-Ong, 32, skuad kendalian Kim Pan Gon, harus meneruskan prestasi baik dan momentum kemenangan selepas kemenangan dramatik 4-3 ke atas Kyrgyzstan (97) pada aksi sulung Kumpulan D kelayakan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lepas.

    “Saya rasa pasukan tahu apa-apa yang kurang daripada tiga mata, kami akan berasa kecewa lebih-lebih lagi menyedari kualiti dalam pasukan kami, kami percaya ia boleh dicapai.

    “Bukannya kita mahu pandang rendah terhadap Taiwan tetapi kita pasukan yang lebih baik dan seharusnya bawa pulang tiga mata. 

    “Kami perlu meneruskan prestasi baik daripada perlawanan sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini sebelum berlepas ke Taipei.

    Sementara itu, penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed berkata, mereka tidak boleh mengambil mudah cabaran mana-mana pasukan, tidak kira ranking tinggi atau rendah.

    Mengulas mengenai kritikan daripada penyokong selepas dibolosi tiga kali pada aksi Khamis lepas, pemain berusia 27 tahun itu berkata sebagai pemain, beliau harus bersedia untuk kritikan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Empat Rohingya terbunuh di Bangladesh

    BANGLADESH, 6 DIS – Empat orang pelarian Rohingya terbunuh dalam kejadian tembak-menembak antara dua kumpulan pemberontak di kem pelarian Bangladesh, kata polis hari ini. Bangladesh...