Friday, December 8, 2023
26.6 C
Brunei

    -

    Skuad hoki Malaysia menang bergaya 6-0

    KUALA LUMPUR, 12 OGOS – Skuad hoki dalam dewan wanita berjaya menempah slot ke separuh akhir dengan penuh bergaya selepas membenam Singapura 6-0 pada aksi terakhir Kumpulan B Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 di Bangkok.

    Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark itu, skuad bimbingan Mohd Rodhanizam Mat Radzi tidak berdepan kesukaran apabila membuka jaringan menerusi gol padang Fazilla Sylvester Silin pada minit ke-19.

    Nuraini Abdul Rashid kemudian menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-24 hasil jaringan padang untuk meletakkan skuad negara dalam kedudukan selesa.

    Selang empat minit kemudian, giliran Putri Nur Batrisyia Nor Nawawi pula menumbangkan gol ketiga sebelum Nuraini menambah gol keempat hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-29. Pesta gol skuad negara diteruskan lagi pada suku terakhir perlawanan menerusi pukulan sudut penalti masing-masing oleh Iren Hussin dan Qasidah Najwa Muhammad Halimi, pada minit ke-33 dan ke-34.

    Singapura yang terus terpaku dengan persembahan skuad negara gagal membuat sebarang jaringan balas sehingga wisel penamat ditiup. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....