Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Skuad hoki M’sia mula langkah kanan

    KUALA LUMPUR, 19 Okt – Skuad hoki Malaysia memulakan kempen Trofi Juara-Juara Asia 2018 dengan langkah kanan apabila menewaskan Jepun 3-0 dalam perlawanan pembukaan di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat, Oman kelmarin.

    Penyerang kebangsaan, Faizal Saari meletakkan Malaysia di hadapan melalui pukulan sudut penalti pada minit ketiga, sebelum Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil menggandakan jaringan menerusi sudut penalti lain, menurut Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

    Faizal menjaringkan gol kedua dalam perlawanan itu pada minit ke-51.

    Bercakap kemudian, ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara Roelant Oltmans gembira dengan aksi permulaan yang sempurna itu tetapi beliau juga menyatakan ada ruang peningkatan dalam beberapa aspek untuk pasukan kebangsaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda