Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Skuad kebangsaan Brunei B-23 diumumkan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD) mengumumkan senarai penuh skuad bawah 23 (B-23) tahun yang akan mewakili negara dalam Kejohanan Bawah 23 Tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Phnom Penh, Kemboja minggu depan.

    Skuad rasmi 26 anggota termasuk tiga penjaga gol iaitu Abd Mutalip bin Awang Haji Mohd dari BIBD; Muhd Danish Aiman bin Mardianni dari DPMM FC; dan Mohd Haziq Hazwan bin Wahid dari Wijaya FC.

    Pemain pertahanan adalah wakil dari DPMM FC, Muhd Wafi Aminuddin dan Mohd Nazry Aiman bin Azaman; Muhd Nazif Safwan bin Jaini dari Kota Ranger FC; Nur Aiman bin Alimin dari MS ABDB; Mohd Hirman bin Haji Latip, Amirul Aizad bin Haji Zaidi dan Mohd Ridhwan bin Nokman dari Indera SC; Muhd Khoirunnaas Khalid dari Ar-Rawda; Md Alin Syahmi Hossaini dari Wijaya FC; Muhd Nazhan bin Zulkifle dari Kasuka FC ; dan Mohd Radzillah bin Abdul Ghani dari Panchor Murai FC.

    Pemain tengah pula adalah wakil dari MS PDB, Abdul Wadud bin Ramli; Mohd Eddy Shahrol Izzat bin Haji Omar, Mohd Alinur Rashimy bin Awang Jufri dan Muhammad Haziq Hafizhan bin Hardi dari Kasuka FC; Mohd Danish Syariee bin Md Masrazni, Muhd Nur Asyraffahmi bin Norsamri dan Muhd Hakeme Yazid bin Said dari DPMM FC; Muhd Syafiq Safiuddin bin Abdul Shariff daripada Indera SC; dan Abdul Hariz @ Amani bin Herman dari MS ABDB.

    Pasukan itu juga terdiri daripada tiga penyerang tengah iaitu Muhd Syafiq Abdullah Mohd Ghazali dari KB FC; Mohd Hanif Aiman bin Haji Adanan dari Kasuka FC; dan Mohd Syaherrul Affendy bin Mohd Syahmirul Nizam dari DPMM FC.

    Skuad tersebut akan diiringi oleh se-pasukan pegawai yang diketuai oleh Haji Adee Suhardee bin Haji Muhidin selaku pengurus pasukan.

    Senarai penuh pegawai pasukan terdiri daripada Ah Chua Bangau sebagai penolong pengurus pasukan, ketua jurulatih, Aminuddin Jumat; penolong ketua jurulatih, Haji Mohd Wardi bin Haji Masni; jurulatih kecergasan, Matus Bozik; penolong jurulatih kecergasan, Haji Ameer Aziz-Hakim Haji Abdul Lani; jurulatih penjaga gol, Atsushi Hanita; penolong jurulatih penjaga gol Awangku Omar Nur Aqamaddin Pengiran Haji Sallehuddin; ahli fisioterapi, Shuntaro Hagino dan Mohd Faisal Hashim; dan pegawai media, Waqiuddin Abdul Haq Haji Abdul Razak.

    Kohort pertama pasukan kebangsaan bawah 23 tahun selamat tiba di Kemboja kelmarin dengan kohort kedua dijadualkan berlepas ke Kemboja hari ini.

    Kejohanan AFF Bawah 23 Tahun akan datang menandakan penyertaan negara dalam bola sepak antarabangsa buat kali pertama sejak Sukan Asia Tenggara (SEA) di Manila, Filipina pada Disember 2019.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...