Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Skuad kebangsaan U19 sedia sahut cabaran

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Hasil persiapan yang dibuat sejak Februari lalu, pasukan kebangsaan Brunei Darussalam bawah 19 tahun (U19) berharap untuk memberi kejutan menentang pesaing mereka dalam perlawanan kumpulan A di Kejohanan Persekutuan Bola sepak Asia (AFF) U19 2022 yang bertempat di Indonesia, pada 2 hingga 15 Julai nanti.

    Pengurus pasukan Brunei U19, Awang Nazib bin Ali semasa menghadiri sidang media kelmarin, dalam perkongsiannya mengatakan, “Pengurusan Persatuan Bola sepak Brunei Darussalam (FABD) dan jurulatih serta para pemain melihat perlawanan serantau itu sebagai sebuah platform untuk meningkatkan kemajuan skuad kebangsaan U19.

    “Skuad ini memiliki kebolehan dan jika mereka beraksi dengan potensi penuh mereka, saya yakin skuad tersebut berupaya menewaskan pesaing mereka. Saya juga ingin mereka beraksi dengan semangat kenegaraan, kepercayaan dan tidak gentar menentang apa sahaja pasukan dalam perlawanan itu,” katanya.

    Skuad kebangsaan disenaraikan dalam kumpulan A bersama Thailand, Myanmar, Vietnam, Filipina dan pasukan tuan rumah, Indonesia.

    Sementara itu, kapten pasukan U19, Awang Eddy Shahrol Izzat bin Haji Omar berkata, “Walaupun kami disenaraikan bersama pasukan-pasukan yang hebat, saya dan jurulatih serta ahli pasukan percaya kami berupaya memberikan saingan menentang pasukan seperti Thailand, Vietnam, Myanmar, Filipina dan sekali gus Indonesia. InsyaAllah, kami akan dapat meraih mata daripada perlawanan itu.”

    Awang Bujang, Awang Nazib, Awang Faisalani dan Eddy Shahrol semasa menghadiri sidang media tersebut.
    Awang Faisalani semasa berucap pada sidang media berkenaan.

    Manakala daripada segi persiapan dan pemilihan pemain, Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan U19, Awang Faisalani bin Ghani menjelaskan bahawa FABD menyenaraikan pemain dari kelab-kelab yang bertanding dalam kejohanan U19.

    Daripada segi pemilihan, kemahiran mereka akan diasah untuk menyertai skuad kebangsaan Brunei U19.

    Dari segi persiapan, beliau mengongsikan ia dimulakan sejak Februari lalu hingga Jun tahun ini. Namun, ketika negara dilanda dengan wabak COVID, pemain hanya dapat berlatih tanpa menyertai perlawanan. Walau bagaimanapun, pada awal Jun, para pemain akhirnya dapat menyertai beberapa perlawanan persahabatan.

    Awang Nazib kemudian menambah bahawa semasa wabak COVID, pasukan telah mengikuti protokol kesihatan yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan dan latihan dijalankan dalam berkumpulan. Setiap jurulatih disertakan dengan beberapa orang pemain untuk menjalankan latihan taktikal dan seumpamanya.

    Selain itu, jurulatih Faisalani menjelaskan bahawa mereka mengadakan enam perlawanan persahabatan menentang Kasuka FC, U16 FABD, TDAFA U20, Indera FC, Kota Ranger FC dan akhir sekali Wijaya FC. Ahli pasukan kebangsaan mempamerkan prestasi mereka dengan sangat baik, selepas skuad kebangsaan berjaya memenangi lima perlawanan dan hanya satu kalah kepada Kasuka FC dalam perlawanan persahabatan pertama mereka.

    Sementara itu, daripada segi perlawanan pemanasan badan pula, beliau mendedahkan bahawa dengan bermain menentang pemain yang lebih dewasa dan berpengalaman dari kelab bola sepak terbaik dalam negara mampu menambah keyakinan mereka untuk beraksi dalam pertandingan peringkat serantau AFF di Indonesia nanti.

    Manakala dari segi strategi yang digunakan oleh skuad kebangsaan, beliau menjelaskan bahawa mereka menerapkan taktik serangan balas. Mereka akan menyerang dengan rentak yang laju dan apabila pihak lawan kehilangan penguasaan bola, di situlah sistem taktik permainan digunakan.

    Pasukan kebangsaan akan me-ninggalkan Brunei Darussalam pada 24 Jun ini, walaupun tarikh yang sepatutnya dijadualkan untuk mereka adalah pada 29 Jun. Awang Faisalani menjelaskan perkara tersebut adalah atas sokongan daripada FABD untuk membenarkan pasukan kebangsaan berlepas lebih awal untuk memberikan mereka pendedahan dengan mengadakan latihan sekali gus mungkin mengadakan perlawanan persahabatan di Indonesia. Walau bagaimanapun, perlawanan persahabatan mungkin memberi sedikit cabaran ketika mereka mesti mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh AFF.

    “Mereka (pasukan lain) sentiasa bersedia untuk bertanding dalam mana-mana perlawanan. Sasaran untuk pasukan Brunei U19, saya berharap kami dapat memberikan cabaran dan meraih satu atau tiga mata lebih untuk setiap perlawanan dalam peringkat kumpulan,” katanya.

    Perlawanan serantau tersebut juga akan disertai oleh pasukan dari Malaysia, Laos, Timor-Leste, Kemboja dan Singapura yang ditempatkan dalam kumpulan B.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...