Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Skuad Malaysia muncul juara SPISC 2023

KUCHING, 6 MAC – Skuad kebangsaan Malaysia dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan Silat Premier Antarabangsa Sarawak (SPISC) 2023, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$20,000

Kontinjen Malaysia berjaya menamatkan SPISC dengan pungutan 11 pingat emas, dua perak dan dua gangsa dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Perpaduan dari 27 Februari sehingga semalam.

Sarawak selaku tuan rumah muncul naib johan dengan pencapaian sembilan emas, sembilan perak dan sembilan pingat gangsa, manakala Singapura di tangga ketiga dengan lapan emas, 10 perak dan lima pingat gangsa.

Menerusi kejayaan tersebut, Sarawak dan Singapura masing-masing membawa pulang wang tunai AS$4,000 dan AS$2,000.

Misi menggenggam emas pasukan Malaysia itu bermula dengan kemenangan Afiq Aniq Fazly yang tampil cemerlang bagi kategori Putra G senior, diikuti Norsyakirah Muksin bagi acara Putri B senior dan Mohamad Hazim Amzad bagi acara kategori Putra C senior.

Antara pingat emas yang berjaya dikutip skuad kebangsaan Malaysia adalah menerusi kemenangan Siti Shazwana Ajak (Putri D senior); Nor Farah Mazlan (Putri A senior) dan Mohd Abdul Latif Mazakir dalam kategori Putra H senior.

Dalam pada itu, jurulatih skuad Malaysia, Siti Rahmah Nasir berkata pencapaian para pesilat menepati sasaran dan kejohanan berkenaan menjadi medan kesiapsiagaan menjelang Sukan SEA di Kemboja Mei ini.

“Kesemua pesilat yang beraksi pada SPISC merupakan kontinjen yang akan mewakili negara di Sukan SEA nanti dan secara keseluruhannya, mereka sudah siap baik dagi segi mental dan fizikal,” katanya yang juga bekas juara dunia. – Bernama

Skuad kebangsaan Malaysia dinobatkan selaku juara keseluruhan Kejohanan Silat Premier Antarabangsa Sarawak (SPISC) 2023. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -